Skuad bola sepak tanah air terus dibayangi pasukan Vietnam selepas diundi dalam kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 yang dijadual berlangsung bermula Disember depan.
Bagi Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Kim Pan Gon, Vietnam dilihat menjadi saingan terkuat bagi Harimau Malaya di pentas Piala Aff selain tiga lagi pasukan yang turut diletakkan dalam kumpulan B adalah Singapura, Myanmar dan Laos.